SIAPA SAYA?

Seorang isteri kepada Mohd Hafiz bin Mohamad Norani, suami yang banyak memberi sokongan dalam apa jua yang saya lakukan..Terima kasih Abang..Ibu kepada seorang puteri yang sedang membesar..Noor Aqeela Safiya bt Mohd Hafiz (2 tahun)..insyaALLAH..ada rezeki boleh tambah lagi ('',)

Saya juga bekerja sepenuh masa sebagai
 Pengajar/Pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa,Klang..sangat seronok kerana dapat mendidik anak bangsa..semoga segala penat dan lelah saya dalam mendidik anak bangsa ini mendapat ganjaran di akhirat kelak. Aameen Ya Rabb!!.



Sejak lahir saya hanya diberi
 minum susu ibu oleh Mak (terima kasih Mak)..tanpa campuran susu formula kerana pada masa itu Mak adalah seorang surirumah tangga sepenuh masa..Zaman tu belum ada lagi pump seperti zaman sekarang..Sekarang tiada alasan lagi ibu berkerja untuk memberi anak-anak mereka minum susu ibu..kerana segala kemudahan sudah tersedia..Sebab itulah saya memilih untuk BERJUANG memberi Noor Aqeela Safiya  hanya susu ibu..dan sehingga hari ini Aqeela masih lagi minum susu ibu tanpa campuran susu formula..Alhamdulillah...

Mengapa
 Shaklee...sebenarnya saya sangat-sangat suka makan vitamin Shaklee..sejak mengandungkan Aqeela saya sudah makan vitamin Shaklee..dan sehinggalah hari iniShaklee menjadi makanan tambahan saya yang terbaik..Syukur Alhamdulillah..Vitamin Shaklee membuat saya lebih bertenaga untuk menjalani rutin harian saya sebagai seorang ISTERI, IBU, PENDIDIK, SURIRUMAH, dan yang paling penting membantu PERJALANAN PENYUSUAN SUSU IBU saya selama ini..

Saya sedia mendengar dan berkongsi segala tentang Penyusuan Susu Ibu walaupun saya bukalah seorang
 Lactation Counsellor/Peer Counsellor..tapi saya merupakanPEJUANG dalam Penyusuan Susu Ibu..dan saya percaya ramai ibu sama-samaBERJUANG seperti saya..

Kini saya cuba melangkah ke fasa yang baru dengan Shaklee. Orang kata perkara yang baik tidak baik dirahsiakan. Saya ingin berkongsi dengan orang ramai betapa hebat dan berkesannya produk Shaklee. Tak salahkan? Sharing is caring.:)  Atas dorongan untuk berkongsi kebaikan dengan rakan terdekat dan kenalan rapat, saya bertekad mengambil keputusan untuk menjadi pengedar aktif.

Apa yang paling penting bagi saya adalah pengguna yang sangat puas hati lagi happy. Sebab itu jugalah saya mengutamakan kepentingan pengguna lebih daripada yang lain; dengan menitik beratkan kepentingan maklumat yang tepat sebanyak mungkin. Tambahan pula, saya menceburi  bidang ini untuk jangka masa yang sangat panjang (forever). Saya berusaha sedaya upaya saya untuk memberi servis yang terbaik dan memuaskan kepada setiap pelanggan saya. Untuk kekal lama dalam bisnes ini kepercayaan pelanggan adalah elemen yang paling penting dan saya berjanji untuk mengekalkan reputasi saya dengan memberikan yang TERBAIK untuk pelanggan saya.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh hubungi saya di:
weloveshaklee@gmail.com atau 014-6302006

Jangan lupa untuk klik LIKE pada page facebook https://www.facebook.com/ShakleeVitaminsShoppeuntuk mendapatkan info-info terkini.

" sharing is caring "
 
Generasi Sihat Anggun


No comments:

Post a Comment